S1: Apakah papan dalam Monopoly Go!?

J1: Jika anda telah bermain mainan berpapan MONOPOLY klasik, Papan ini kelihatan seperti biasa. Dan sama seperti permainan asal, dalam MONOPOLY GO!, anda akan membaling Dadu untuk menggerakkan Token anda merentas Papan, memperoleh ganjaran yang berbeza bergantung pada Petak di mana Token anda mendarat. Papan ini mempunyai beberapa jenis Petak berbeza. 

 

S2: Apakah petak hartanah?

J2: Petak Hartanah adalah yang paling biasa. Rumah yang anda peroleh dengan membina dan menaik taraf Mercu Tanda diletakkan di atas Petak Hartanah. Jika anda mendarat di atas Petak Hartanah yang kini diduduki oleh Sasaran Sewa, mereka akan membayarkan anda Sewa bergantung pada bilangan Rumah di atas petak yang sama itu.

 

S3: Apakah petak kereta api?

J3: Setiap sisi Papan juga mempunyai Petak Kereta Api. Mendarat di atas petak jenis ini akan memulakan permainan mini -  “Perobohan” atau "Rompakan Bank”.

 

S4: Apakah empat penjuru?

J4: Empat penjuru Papan masing-masing mengandungi Petak istimewa. Petak Go ialah Petak permulaan untuk setiap Papan. Apabila anda mendarat di atas atau melalui Petak ini, anda memperoleh wang! Penjuru seterusnya adalah untuk Pelawat Penjara — ini ialah ruang kosong. Seterusnya, Tempat Letak Kereta Percuma — yang kadangkala diaktifkan oleh acara khas, tetapi sebaliknya ruang kosong. Akhirnya, kita mempunyai Petak Pergi Ke Penjara. Di sini, anda mempunyai tiga peluang untuk membaling berganda (balingan ini tidak menggunakan Dadu). Sekiranya anda berjaya, anda akan memperoleh bonus Balingan Dadu! Sekiranya anda gagal, anda perlu membayar ikat jamin sebelum pergi.

 

Q5: Apakah yang terdapat di atas papan lagi?

J5: Terdapat beberapa kejutan lain yang boleh didapati di atas Papan, termasuk Petak Cukai Barang Mewah, Kad Peluang, Peti Komuniti dan Utiliti: Tenaga Nasional Berhad dan Jabatan Bekalan Air.