S1: Apakah Pengganda Balingan?

 

J1: Pengganda Balingan membolehkan anda untuk menggunakan lebih banyak Balingan Dadu setiap kali anda menekan butang "GO!", meningkatkan ganjaran yang diperoleh dengan sewajarnya!

 

 

S2: Bagaimanakah cara saya mengaktifkan pengganda balingan?

 

J2: Di bahagian atas sebelah kanan butang GO! anda akan nampak Pengganda Balingan yang boleh anda ubah dan laraskan bergantung pada jumlah balingan yang anda ada. Untuk berbuat demikian, ketik butang sehingga anda mencapai jumlah maksimum yang dibenarkan (warna pengganda akan berubah).

 

 

S3: Bagaimanakah pengganda mempengaruhi ganjaran saya?

 

J3: Pengganda akan mempengaruhi ganjaran yang anda peroleh apabila anda mendarat di atas:

 

Petak sewa

Petak Peti Komuniti

Petak Penjuru

Item

Bar kemajuan Kejohanan dan Acara

Misi kemenangan pantas

Rompakan Bank dan Rompakan Mega

Perobohan

Ganjaran kad peluang